NEW DELHI – India mula mengundi secara berperingkat bermula hari ini untuk memilih Parlimen baharu.
Dianggarkan hampir satu bilion warganya layak mengundi.
Agensi melaporkan pilihan raya itu mempertemukan pemimpin berkuasa selama dua penggal, Perdana Menteri Narendra Modi dan sekutu serantaunya dengan pakatan bertelagah dianggotai kira-kira 24 parti pembangkang.
Tinjauan menjangkakan kemenangan selesa bagi parti nasionalis Hindu Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Modi.
Ini sekaligus akan menjadikan Modi Perdana Menteri kedua selepas Jawaharlal Nehru, wira kemerdekaan India dan perdana menteri pertama, memenangi penggal ketiga berturut-turut.
Modi dan partinya berada dalam mod kempen selama berbulan-bulan sebelum tarikh pengundian diumumkan.
Demokratik Nasional (NDA) yang diketuainya dalam dewan rendah parlimen yang dianggotai 543 orang, meningkat berbanding 303 yang dimenangi BJP dan lebih 350 yang dimenangi NDA pada 2019.
Prestasi pada 2019 adalah yang terbaik untuk parti yang ditubuhkan pada 1980 itu.
Modi akan dicabar pakatan kira-kira 24 parti pembangkang yang diketuai parti Kongres pembangkang utama yang dinamakan INDIA atau Perikatan Inklusif Pembangunan Nasional India.
Pakatan yang dibentuk tahun lalu itu, bagaimanapun bergelut untuk terus bersatu dan berkongsi kerusi secara baik bagi membolehkan mereka mengadakan pertandingan satu lawan satu menentang BJP. -MalayaDailyToday
Discussion about this post