October 18, 2024
#EKONOMI

Bekas Menteri Kewangan bimbang OPR naik

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memuji pertumbuhan ekonomi yang kukuh pada suku pertama di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim.

Namun pada masa, Guan Eng yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang memberi peringatan tentang keperluan menyelaraskan dasar dengan Bank Negara Malaysia (BNM).

Dalam kenyataan hari ini, Guan Eng sekali lagi mengkritik kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) baru-baru ini oleh BNM dan menyuarakan kebimbangan bahawa ia akan menghalang pertumbuhan pada suku kedua.

“Kerajaan di bawah Anwar harus dipuji kerana memacu ekonomi Malaysia ke arah pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku pertama 2023 lebih kukuh daripada jangkaan 5.6 peratus.

“Pertumbuhan KDNK yang baik didorong oleh peningkatan perbelanjaan isi rumah, guna tenaga dan perbelanjaan penggunaan swasta.

“Bagaimanapun, kenaikan OPR secara mengejut oleh BNM pada 3 Mei mungkin menyukarkan Malaysia untuk mengulangi pertumbuhan KDNK suku pertama sebanyak 5.6 peratus pada suku kedua 2023,” katanya. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *