September 14, 2024
#UTAMA

100 pelajar tenaga mahir dilahirkan KLTVET

Kuala Lumpur – Seramai 100 pelajar yang mengikuti program Pengiktirafan Pengalaman Kerjaya (RPEL) dari pelbagai bidang diraikan dalam Majlis Konvokesyen Kuala Lumpur Business & TVET Institute (KLTVET) kali Ke-4 tahun 2024 di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Cheras pada Ahad ini.

Institusi KLTVET, yang bernaung di bawah Majlis Pemerkasaan Perniagaan Malaysia (MPPM), telah berjaya melaksanakan Program Peningkatan bagi Individu Dewasa Bekerja Tanpa Sijil untuk Mendapatkan Diploma Profesional melalui Program Pengiktirafan Pengalaman Kerjaya (RPEL).

Majlis Konvokesyen ini telah disempurnakan oleh Presiden European Education Board, Prof. Dr. Graham John Baldwin, Pengerusi KLTVET, Is. Mohamed Ridzuan Mohamed Zamry, dan Ahli Majlis MPPM, Prof. Log. Ts. Is. Othman Ibrahim.

Menurut Mohamed Ridzuan, KLTVET terus komited dalam memacu pemerkasaan bidang yang ternyata  kebolehpasaran bidang kemahiran pada masa kini selain membawanya ke aras lebih tinggi seperti aspirasi negara.

Katanya, pada masa sama seramai keseluruhan 400 graduan yang telah lengkap mengikuti pensijilan Program Pengiktirafan Pengalaman Kerjaya (RPEL) bertujuan memperkasakan individu dewasa yang telah bekerja tanpa sijil formal dengan memberikan pengiktirafan terhadap pengalaman dan kebolehan mereka. , sekali gus meningkatkan nilai kebolehpasaran mereka.

Pada Majlis Konvokesyen tersebut Majlis Pemerkasaan Perniagaan Malaysia (MPPM) turut menyampaikan Anugerah Pakar Industri (Industry Specialist) Kepada Is. Hj Mat Yusof Mat Chik sebagai Pakar Dalam Industri Perancang Kewangan.

“Ini sekali gus meningkatkan nilai kebolehpasaran mereka. Program yang dimiliki dan direncakan khas bagi graduan kita juga diyakini akan dapat membantu meningkatkan peluang kerjaya selain mempromosikan pembelajaran sepanjang hayat.

“Kita juga mahu mendekati golongan yang memiliki bakat serta kemahiran tinggi dengan cara menghargai kebolehan mereka, berikan pengiktirafan yang diperlukan.

“TVET adalah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri selain menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang tertentu,” katanya dalam kenyataan. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malayadailytoday