July 17, 2024
#UTAMA

AS telah pulangkan AS$156 juta kembali kepada kerajaan Malaysia, dana penyelewengan 1MDB

KUALA LUMPUR – Amerika Syarikat (AS) telah memulangkan kira-kira AS$156 juta (RM721.4 juta) kepada kerajaan Malaysia yang juga transaksi keempat dana yang diperoleh semula hasil rampasan aset berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Duta Besar AS ke Malaysia Edgard D Kagan mengesahkan perkara itu dalam satu pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 11 Jun lalu.

Difahamkan dana itu sudah dipulangkan susulan petisyen dikemukakan oleh kerajaan serta diluluskan oleh Jabatan Kehakiman AS.

Dalam satu kenyataan, kedutaan itu menyatakan menerusi pindahan dana itu, AS telah mendapatkan dan membantu memperoleh semula serta memulangkan kira-kira AS$1.4 bilion (RM6.6 bilion) dana yang diselewengkan dari Malaysia, setakat ini.

Menurut kedutaan AS, sebagaimana didakwa dalam aduan, pihak yang terbabit dalam penyelewengan itu yang turut merangkumi pegawai di 1MDB, saudara mara mereka serta rakan lain, telah menyeleweng dana 1MDB berjumlah melebihi AS$4.5 bilion. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malayadailytoday