September 4, 2024
#BERITA

Pertikaian Kg Koskan selesai – PSM

KUALA LUMPUR – Isu pertikaian perobohan rumah penduduk Kampung Koskan Tambahan di Serendah, Hulu Selangor diselesaikan dengan situasi ‘menang-menang’ antara penduduk dan pemaju.

Menurut kenyataan bersama Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Ikatan Demokratik (Muda), situasi menang-menang dicapai melalui usaha kolaboratif antara penduduk, pemaju dan pelbagai agensi kerajaan.

“Setiap keluarga yang terlibat diberi pampasan ex-gratia sebanyak RM15,000 oleh pemaju untuk keluar daripada rumah.

“Pemaju menyediakan pengangkutan dan tenaga kerja bagi kerja-kerja pemindahan dan kesemuanya selesai dipindahkan dengan semakan akhir pada 12 Mei.

Kerajaan Negeri Selangor telah menempatkan 12 keluarga ke rumah sewa sementara dan menanggung deposit serta sewa bulan pertama. Kerajaan negeri juga akan mengutamakan pemberian rumah Selangorku dan akan membincangkan kemungkinan kelonggaran syarat,” katanya dalam kenyaatan. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malayadailytoday