KUALA LUMPUR – Erwin Khairul Ahmad dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia berkuat kuasa 22 Jun 2026.
Pelantikan itu diumumkan menerusi satu hantaran rasmi Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), yang turut merakamkan ucapan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada beliau.
“Setinggi-tinggi tahniah kepada Erwin Khairul Ahmad atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia berkuat kuasa pada 22 Jun 2026,” menurut hantaran tersebut.
Seluruh warga kerja JAPEN turut menzahirkan harapan agar beliau dapat meneruskan kecemerlangan jabatan itu dalam menyampaikan maklumat kerajaan kepada rakyat secara berkesan.
Pelantikan berkenaan dilihat sebagai langkah penting dalam memperkukuh peranan JAPEN sebagai agensi penerangan utama negara selaras dengan perkembangan landskap komunikasi dan media yang semakin dinamik. -MalayaDailyToday





























































