KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju menaikkan jumlah kelayakan cuti bersalin bagi penjawat awam sepanjang tempoh perkhidmatan daripada 360 hari kepada 490 hari.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu membolehkan kadar cuti bersalin meningkat kepada maksimum 98 hari bagi setiap kelahiran.
“Kerajaan bersetuju menaikkan jumlah kelayakan cuti bersalin sepanjang tempoh perkhidmatan daripada 360 hari kepada 490 hari.
“Ini bermakna, kadar cuti bersalin meningkat kepada maksimum 98 hari setiap kelahiran,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam pada itu, Anwar merangkap Menteri Kewangan berkata, kerajaan turut menyediakan peruntukan RM20 juta bagi menambah baik pusat penjagaan anak di fasiliti kerajaan. – MalayaDailyToday























































