October 18, 2024
#EKONOMI

Kelahiran hidup meningkat 7.7 peratus pada 2023

KUALA LUMPUR – Kadar kelahiran hidup direkodkan pada 2023 adalah 455,761 meningkat 7.7 peratus (32,637 kelahiran) berbanding 423,124 kelahiran pada 2022.

Kelahiran bayi lelaki direkodkan melebihi bayi perempuan iaitu masing-masing 235,981 dan 219,780.

Peningkatan bilangan kelahiran ini telah mengakibatkan kadar kelahiran kasar (CBR) turut merekodkan peningkatan daripada 12.9 kelahiran pada 2022 kepada 13.6 kelahiran bagi setiap 1,000 penduduk pada 2023.

Sumber: Perangkaan Penting, Malaysia, 2024, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, etnik Melayu menyumbang 67.0 peratus (305,494 kelahiran hidup) daripada jumlah kelahiran hidup pada 2023 (2022: 68.9%).

Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia

Kelahiran hidup bagi etnik Cina dan India masing-masing merekodkan peningkatan daripada 9.5 peratus dan 4.1 peratus pada 2022 kepada 9.8 peratus dan 4.4 peratus pada 2023.

Sumber: Perangkaan Penting, Malaysia, 2024, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)

Sementara itu, bumiputera lain meningkat kepada 12.7 peratus (2022: 12.5%). -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *