September 7, 2024
#BERITA

Kalau tidak suka nama GST, tukar nama lain tapi kembalikan GST yang efisyen – Wee Ka Siong

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Ayer Hitam merangkap Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mahu kerajaan mengembalikan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan atau lebih popular sebagai GST.

Kata bekas Menteri Pengangkutan itu, GST sangat efisyen dan ianya perlu di kembalikan demi kepentingan negara.

“Kalau tidak suka nama, tukarlah nama. Pakailah nama lain dan lupakan kisah lama. Saya rasa kita boleh buat dan demi kepentingan negara, kita move on, bawa balik GST,” Katanga dalam perbahasan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.

Kata Ka Siong, mekanisme pelaksanaan cukai masih boleh digunakan dan perlu ditambah baik.

“Lima perkara yang telah saya cakap dulu kita masih boleh bagi pemberian tunai, kita boleh beri pengecualian, kita turunkan daripada enam peratus kepada empat peratus serta baiki mekanisme pulangan cukai,” ujarnya. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *