October 18, 2024
#GLOBAL

Rakyat Thailand pilih pembangkang pada PRU

BANGKOK – Majoriti rakyat di negara ini telah memilih pembangkang apabila parti-parti itu menang bergaya dengan menyingkirkan parti-parti yang disokong tentera dalam pilihan raya umum negara itu, sekali gus bakal membentuk kerajaan baharu.

Agensi melaporkan ketika ini Parti Move Forward dan Parti Pheu Thai mendahului kiraan undi dengan 99 peratus daripadanya sudah dikira.

Parti Move Forward pimpinan Pita Limjaroenrat, 42, mendahului majoriti kiraan undi, diikuti oleh Parti Pheu Thai yang diketuai Paetongtarn Shinawatra, manakala parti Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha, iaitu United Thai Nation ketinggalan di tempat terakhir.

Namun difahamkan juga kedua-dua parti itu mungkin berdepan jalan sukar untuk membentuk kerajaan apabila peraturan Parlimen sebelum ini ditulis oleh junta tentera selepas rampasan kuasa pada 2014.

Bagi membentuk kerajaan dan mentadbir, parti pembangkang perlu membuat perjanjian serta memperoleh banyak sokongan daripada parti lain, termasuk ahli Senat yang dilantik junta.

Kemudian, parti pembangkang perlu mendapat undian untuk menjadi perdana menteri dan seterusnya membentuk kerajaan baharu. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *