KUALA LUMPUR – Ketika ini difahamkan sekurang-kurangnya 47 individu lagi ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes tuntutan palsu membabitkan dana insentif Program Penjana Kerjaya di seluruh negara melibatkan nilai keseluruhan berjumlah RM63 juta.
Sumber kepada media mendedahkan suspek terdiri daripada 33 lelaki dan 14 wanita ditahan menerusi Op Hire yang dijalankan serentak di seluruh sejak semalam.
“Setakat ini semua tangkapan membabitkan 51 syarikat yang dikenal pasti SPRM melakukan tuntutan dengan nilai keseluruhan RM63 juta. Semua yang ditahan berstatus pemilik syarikat, pengarah dan pengurus syarikat.
“Modus operandi syarikat berstatus sendirian berhad itu sepatutnya membuat latihan dan mengaji pekerja dalam bidang industri namun mengambil kesempatan mengemukakan tuntutan palsu dan menyeleweng dana program berkenaan,” katanya.
MalayaDailyToday juga mendapati beberapa individu sudah dihadapkan ke beberapa mahkamah di seluruh negara bagi proses reman pagi ini. -MalayaDailyToday
Discussion about this post