September 4, 2024
#UTAMA

Usah layan percubaan tukar kerajaan, Konvensyen Perpaduan sudah buktikan kita kukuh – Anwar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin ‘kejayaan besar’ Konvensyen Kerajaan Perpaduan semalam yang semakin kukuh kesepaduannya ketika ini.

Malah Presiden PKR itu memberi perbandingan ketika beliau mula mengambil tampuk pemerintahan berbanding kini yang sudah mencecah enam bulan, kerajaan ini jauh lebih kukuh.

Justeru itu, kata beliau, usaha pembangkang untuk menggagalkan kerajaan hari ini tidak lebih dari omongan kosong sahaja.

“Dari awal pertukaran kerajaan, sudah macam-macam termasuklah perakuan sumpah (SD), dan sampai kepada Yang Dipertuan Agong dan sultan-sultan.

“Saya lebih yakin sebagaimana kita lihat Konvensyen Kerajaan Perpaduan semalam, yang telah menetapkan satu bentuk kerajaan yang kukuh. Tapi bila beberapa bulan berlalu, nampak lebih kemas. Dalam sistem politik demokrasi, siapa pun boleh rebut kuasa ikut jalur yang sah.

“Ketua parti baik Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), GPS, GPRS, parti besar bagi komitmen yang sangat jelas,” katanya hari ini Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malayadailytoday