October 18, 2024
#UTAMA

Menteri KSM mengesahkan lima pegawai kanannya sudah ditamatkan kontrak

KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar hari ini mengesahkan bahawa lima pegawainya yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah ditamatkan kontrak.

Untuk makluman, sebelum ini MalaysiaGazette melalui sumber telah melaporkan seramai lima pegawai kanan Kementerian itu telah dipecat dan seorang daripadanya telah ditukarkan ke jabatan lain.

Hari ini, Sivakumar mendedahkan pemecatan lima pegawai itu adalah berkaitan skandal rasuah membabitkan pengambilan pekerja asing itu dilakukan.

Jelasnya, pemecatan itu juga untuk memastikan kementerian dapat berfungsi dengan lancar.

“Pemecatan itu memang ada kerana kita nak pastikan bahawa kementerian dapat berfungsi dengan lancar dan baik,” katanya ringkas.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu Gajah daripada DAP bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan arahan supaya kelima-lima pegawainya dipecat. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *