October 16, 2024
#BERITA #EKONOMI

Harga Runcit Produk Petroleum kekal

Kuala Lumpur – Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 seliter dan RM2.05 seliter bagi tempoh 17 Oktober hingga 23 Oktober ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada paras RM2.95 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter untuk tempoh berkenaan.

Kenyataan Kementerian Kewangan (MOF)

Penetapan harga itu dibuat berdasarkan harga runcit produk petroleum secara mingguan dengan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata MOF. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malayadailytoday