KUALA LUMPUR – Gempa bumi kuat berukuran 7.0 magnitude dilaporkan melanda Kepulauan Vanuatu pada pukul 10.31 pagi tadi.
Bagaiamanapun, gempa bumi berkenaan tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan memaklumkan, gempa itu direkodkan pada koordinat 14.1 darjah selatan dan 165.5 darjah timur.
Ia berlaku kira-kira 377 kilometer (km) selatan dari Lata, Kepulauan Solomon.
Jelas kenyataan itu, gempa itu berlaku pada kedalaman 10 km.-MalayaDailyToday






















































