September 14, 2024
#BERITA

Pelancong India mati tertimbus dalam tanah mendap di Masjid India

KUALA LUMPUR – Malang tidak berbau, seorang pelancong warganegara India disahkan meninggal dunia selepas terjatuh dan tertimbus akibat tanah mendap di hadapan Masjid India, di sini hari ini.

Difahamkan kejadian berlaku pada jam 8 pagi itu, mangsa berjalan kaki sebelum terjatuh kira-kira 10 meter.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.

JBPM Kuala Lumpur mengesahkan kejadian tersebut selain Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Nuzulan Mohd Din yang turut hadir di tempat kejadian.

Pelancong wanita itu difahamkan menemui mautnya ketika sedang bersiar-siar Jalan Masjid India pagi ini.

Ketika ini, pihak berwajib sedang giat menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat yang turut disertai oleh PDRM, DBKL, Air Selangor dan Angkatan Pertahanan Awam. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malayadailytoday