September 2, 2024
#MAHKAMAH / JENAYAH

Muka dan dada reput, belum dapat sahkan punca kematian Nur Farah Kartini

KUALA LUMPUR – Punca kematian Nur Farah Kartini Abdullah masih belum dapat disahkan berikutan bahagian dada dan mukanya yang reput ketika dijumpai.

Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, pihak Pakar Patalogi Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh memerlukan keputusan analisis makmal terhadap beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat untuk mengenal pasti punca kematian.

“Setakat ini, akar belum dapat sahkan sebab kematiannya buat masa ini kerana mayat yang sudah reput terutama di bahagian dada serta muka.

“Selepas dapat keputusan analisis makmal, baru dapat putuskan punca kematian,” katanya kepada media hari ini.

Beliau turut mengesahkan sebuah kereta jenis Toyota, milik suspek yang juga kenalan mangsa telah dirampas untuk siasatan lanjut.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga seorang anggota polis bertugas di Perak telah ditahan dan direman hingga 22 Julai ini untuk membantu siasatan berkaitan kes terbabit di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malayadailytoday