NEW DEHLI – Narendra Modi sah bergelar Perdana Menteri India buat penggal ketiga berkuatkuasa semalam selepas mengangkat sumpah jawatan untuk memimpin kerajaan yang turut disertai beberapa parti kecil bersama-sama parti pimpinannya, Parti Bharatiya Janata (BJP).
Modi juga mencipta sejarah apabila memegang tampuk jawatan nombor satu negara tiga penggal berturut-turut, sebelum ini rekod itu dipegang oleh Perdana Menteri India yang pertama, Jawaharlal Nehru.
Upacara yang diadakan gilang gemilang itu di Rumah Presiden, Rashtrapati Bhavan dan turut dihadiri oleh pemimpin politik serta pelbagai kenamaan dalam dan luar negara.
Selain itu, para Menteri termasuk dalam pasukan Modi termasuk Rajnath Singh, Amit Shah, Nitin Gadkari, Jagat Prakash Nadda, Shivraj Singh Chouhan, Nirmala Sitharaman dan Subrahmanyam Jaishankar.
Gabungan Perikatan Demokratik Nasional (NDA) mempunyai 293 kerusi dalam Dewan Rendah Parlimen yang mempunyai 543 anggota.
Jumlah kerusi BJP sendiri adalah 240, jauh daripada majoriti mudah 272 kerusi. – MalayaDailyToday
Discussion about this post