October 18, 2024
#BERITA

Timbunan beg beras, lambakan stok makanan di kawasan pembuangan sampah cetus tanda tanya “Stok bantuan banjir atau sorok sampai luput? “

Temerloh – Sejak dari semalam, tular video dan gambar yang memaparkan lambakan pek beras tempatan dibuang di kawasan pembuangan sampah dekat Kuala Krau, Pahang.

Menerusi video itu, selain beras, kelihatan stok makanan lain seperti tepung, gula, mihun dan tin sardin dibuang di Jalan Kampung Gunung Senyum Rumpun Makmur, Kuala Krau.

Video itu mula tersebar di media sosial sejak Khamis lalu, yang dikatakan berlaku di kawasan tersebut. Dalam klip tersebut, sebahagian daripada bungkusan yang dibuang di kawasan itu juga sedang terbakar.

Penyebaran klip ini telah menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai kerana negara kita menghadapi masalah kekurangan bekalan beras tempatan sejak awal tahun lalu.

Di dalam ruangan komen, pelbagai teori telah timbul di kalangan pengguna internet mengenai kes ini, termasuk yang mengatakan bahawa pakej beras yang ditemui adalah beras yang disimpan secara tersembunyi sehingga rosak dan melepasi tarikh luput.

Dalam pada itu, pihak SWCorp akan mengadakan sidang media berhubung perkara tersebut sementara bekas Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said tampil menjelaskan isu berkenaan.

Menurutnya, beras dan barangan dapur itu merupakan stok simpanan yang sentiasa disediakan bagi memenuhi permintaan orang ramai ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Kuala Krau. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *