September 6, 2024
#MAHKAMAH / JENAYAH

OKU cuba larikan kanak-kanak berjaya dicekup polis

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) ditahan selepas ditangkap kerana cuba melarikan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah, suspek berusia 30 tahun itu telah didakwa di Mahkamah Kuching kelmarin, di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama.

Jelas Ahsmon, mahkamah telah memerintahkan penahanan suspek di Hospital Sentosa, Kuching untuk penilaian psikiatri.

“Kes ini akan disebut semula pada 22 April ini setelah laporan perubatan diterima. Suspek ditangkap kira-kira pukul 6.55 petang, 11 Mac lalu selepas berjaya dicekup oleh orang awam kerana cuba melarikan kanak-kanak berkenaan ketika sedang bermain di luar rumahnya di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK).

“Polis turut merampas Perodua Bezza yang digunakan suspek. Siasatan awal mendapati suspek merupakan pemegang kad OKU dengan masalah pembelajaran dan telah menjalani rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) sejak tahun 2001 untuk Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD),” katanya dalam kenyataan. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *