September 3, 2024
#BERITA #MAHKAMAH / JENAYAH

Mahkamah Tinggi tolak permohonan Tun Daim SPRM henti siasatan

KUALA LUMPUR – Permohonan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan keluarganya mencabar siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) terhadap mereka ditolak Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, membuat keputusan sebentar tadi berkata, pemohon telah gagal menimbulkan wujudnya ‘mala fide’ berkaitan siasatan SPRM terhadap Tun Daim dan keluarganya.

Ini juga bermakna tidak akan lagi perbicaraan mengenai merit tindakan undang-undang tersebut.

Permohonan terbabit difailkan Tun Daim melalui firma guaman, Tetuan Tommy Thomas di Mahkamah Tinggi pada 10 Januari lalu dengan juga menamakan isterinya, Toh Puan Na’imah sebagai pemohon.

Turut memohon ialah empat anak mereka iaitu Asnida, Md Wira Dani, Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin serta Ilham Tower Sdn Bhd, manakala SPRM dan Pendakwa Raya selaku responden.

Tun Daim dan keluarga memohon perisytiharan bahawa SPRM tiada sebab untuk menjalankan siasatan bermula Februari 2023, yang akan membawa kepada pendakwaan terhadap mereka. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malayadailytoday