KUALA LUMPUR – Pameran yang dinanti-nantikan oleh Postnormal Times akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 29 September ini.
Pameran akan bermula dari 29 September sehingga 15 Oktober ini dengan tema ‘Not Your Normal Exhibiton’ di di KL Jazz & Art Centre, Wisma YPR di Kuala Lumpur.
Ini juga merupakan kerjasama antara Institut Pemikiran Islam Antarabangsa, Asia Timur dan Asia Tenggara (IIIT) dan Pusat Kajian Masa Hadapan dan Polisi Pascanormal (CPPFS).
Dalam satu kenyataan bersama, kata Pengarah IIIT, Prof. Datuk Dr. Mohamad Fauzan Noordin dan Pengarah CPPFS, Prof. Ziauddin Sardar berkata, pameran itu meneroka teori mengenai kehidupan manusia pasca normal dalam pembangunan rangka kerja dasar Madani yang dipelopori Anwar dalam kerajaan diterajuinya.
“Unsur-unsur teori pasca normal akan dibentangkan dan ia dibandingkan dengan contoh senario sebenar yang berlaku di dunia ketika ini.
“Untuk bergerak melangkaui pasca normal memerlukan kajian mendalam dalam cara kita hidup dan bertindak, pilihan yang kita buat,dan cara kita berfikir serta membayangkan terutama mengenai masa depan,” katanya.
Kata kenyataan itu lagi, pastinya pameran seumpama ini akan memberi para hadirin satu pengalaman menakjubkan apatah lagi tema itu sendiri menyebut bukan pameran ‘biasa-biasa’.
Selain pameran aktiviti lain yang turut direndahkan termasuklah pengajuran bengkel, seminar dan syarahan awam yang berlangsung di bawah naungan IIIT dan CPPFS. -MalayaDailyToday
Discussion about this post