September 6, 2024
#BERITA

Anwar kata akan jumpa Elon Musk esok

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau akan bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk esok.

“Ya hari jumaat, jumpa (Elon Musk) esok,” katanya ringkas ketika ditanya mengenai pertemuan berkenaan.

Pada 1 Mac lalu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kementeriannya meluluskan permohonan Tesla untuk mengimport kenderaan bateri elektrik (BEV) ke Malaysia.

Beliau berkata, Tesla akan membuka sebuah ibu pejabat di Malaysia, memperkenalkan pusat servisnya dan mewujudkan rangkaian pengecas Supercharger di Malaysia.

Pada masa ini, pusat servis rasmi Tesla yang terdekat terletak di Singapura dan pemilik daripada program pajakan Greentech sudah menghantar kenderaan mereka ke Hong Kong untuk kerja-kerja utama. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *