September 6, 2024
#UTAMA

Kenapa Ronnie Liu keluar DAP lepas 41 tahun?

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Ronnie Liu tampil umum pengunduran daripada parti yang dianggotainya selama empat dekad berkuat kuasa esok.

Khabar mengejutkan itu diumum dan disah oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam laman rasmi Facebook beliau.

Dalam surat kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, bertarikh 23 Jun itu, Ronnie antara lain memohon pucuk pimpinan parti untuk menamatkan keahliannya berkuat kuasa esok 24 Jun iaitu esok.

“Saya melibatkan diri dalam perjuangan DAP semenjak di peringkat sekolah menengah dan telah menjadi ahli DAP sejak 1982.

“Namun selepas 41 tahun bersama DAP, banyak perkara telah berlaku dan ada yang di luar jangkaan saya.
Dengan itu saya memohon untuk menamatkan keahlian saya bersama DAP,” katanya hari ini. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *