September 7, 2024
#BERITA

KJ minta Pas tidak bercakap isu Coldplay lagi

KUALA LUMPUR – Bekas pemimpin UMNO dan mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin meminta parti Pas supaya tidak lagi bercakap tentang kumpulan muzik terkenal Britain, Coldplay selepas ini.

Kata Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ itu menegaskan ada baiknya supaya parti itu berhenti bercakap jika tidak berminat dengan kumpulan muzik tersebut.

“Kalau tak nak pergi Coldplay, jangan pergi, itu sahaja,” katanya dalam program ‘Keluar Sekejap’ bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan melalui podcast di YouTube.

Pas ketika ini begitu lantang menggesa dan mengkritik kerajaan membatalkan konsert siri jelajah kumpulan dari Britain itu yang dijadual berlangsung 22 November depan.

KJ seperti muak dengan polemik pro dan kontra yang berlangsung rentetan konsert tersebut.

“Boleh tak kita berhenti bercakap pasal ini semua? Saya pun ada kawan-kawan dalam PAS. Konsert semua tak boleh… batalkan konsert,” tegasnya. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *