September 5, 2024
#GLOBAL

Lagi hukuman gantung sampai mati oleh Singapura hari ini

SINGAPURA – Negara republik ini mengesahkan sudah melaksanakan hukuman gantung terhadap seorang lagi atas kesalahan mengedar dadah.

Ia merupakan hukuman gantung kedua dilaksanakan oleh negara itu dalam tempoh tiga minggu.

Jurucakap Kompleks Penjara Changi juga mengesahkan banduan yang menjalani hukuman itu merupakan warga Singapura yang berusia 36 tahun

Lelaki itu dipercayai telah selesai menjalani hukuman mati pada hari ini di Kompleks Penjara Changi.

Difahamkan lelaki itu disabitkan pada 2019 atas kesalahan mengedar kira-kira 1.5 kilogram (kg) ganja.

Sebelum ini, Singapura pernah melaksanakan hukuman mati terhadap seorang banduan bernama Tangaraju Suppiah.

Tangaraju disabitkan pada tahun 2017 atas kesalahan bersubahat dalam konspirasi mengedar dadah jenis ganja seberat 7.9 gram.

Kuantiti itu adalah dua kali ganda berbanding jumlah minimum diperlukan bagi pelaksanaan hukuman mati di Singapura.

Singapura antara negara memiliki undang-undang berkaitan dadah yang paling ketat di dunia yang bertegas hukuman mati merupakan langkah pencegahan berkesan untuk mengekang aktiviti pengedaran dadah. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malayadailytoday