ANKARA – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan masih menjadi pilihan rakyat pada Pilihan Raya Umum dan Presiden negara ini selepas melepasi jangkaan apabila Perikatan Rakyat di bawah pimpinannya dengan mendahului kiraan undi.
Agensi melaporkan Erdogan yakin kemenangan akan berpihak pada partinya yang membolehkan beliau sekali lagi memimpin Turkiye sekali lagi.
Dengan hampir 97 peratus undi sudah dikira, Erdogan mendahului dengan 49.39 peratus undi dan pesaingnya, Kemal Kilicdaroglu memperoleh 44.92 peratus undi.
Pencapaian itu berbeza dengan pungutan awam yang diperoleh Erdogan sebelum ini apabila majoriti rakyat mahukan perubahan dalam kerajaan Turkiye dan melihat Kilicdaroglu sebagai calon terbaik untuk membawa pembaharuan tersebut.
Erdogan dan Kilicdaroglu masing-masing perlu memperoleh sekurang-kurangnya 50 peratus atau lebih undian bagi mengelakkan mereka memasuki pusingan kedua yang akan diadakan ada 28 Mei ini.
Dalam pada itu, Parti Rakyat Republikan (CHP) pimpinan Kilicdaroglu mendakwa parti Erdogan mencampuri proses pengiraan undinya dan membuat bantahan. -MalayaDailyToday
Discussion about this post