September 4, 2024
#POLITIK

Prestasi Azam Baki memuaskan – Anwar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan dirinya berpuas hati dengan perkhidmatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki.

Itu juga mengapa beliau disambung kontrak setahun lagi.

Kata Anwar, Azam telah menjalankan amanahnya tanpa memilih puak atau parti walaupun beliau dilantik ketika era Perdana Menteri terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Dia dilantik oleh Perdana Menteri masa Pagoh (Muhyiddin) dan walaupun ada isu dibangkitkan dahulu, dari segi kerja saya tengok, saya bagi kelonggaran sepenuhnya kepada SPRM serta Peguam Negara untuk menjalankan tugas.

“Setakat saya lihat, mereka menjalankan tugas dengan memuaskan tanpa memilih puak atau parti,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di sini, hari ini. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malayadailytoday