October 18, 2024
#BERITA

Anwar yakin Gombak kubu kuat mereka

KUALA LUMPUR – GOMBAK – “Alhamdulilah, setiap kali saya datang ke Gombak, semangat saya cukup tinggi kerana Gombak kekal sebagai medan kita (PKR),”.

Itu kata Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan diikuti dengan sorakan ribuan pengunjung yang menghadiri Rumah Terbuka Malaysia Madani Selangor di sini malam ini.

Anwar ketika berucap turut melahirkan rasa teruja melihat lautan manusia membanjiri rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri itu sambil diiringi dengan sorakan ‘reformasi’ dalam kalangan para penyokongnya.

Difahamkan, lebih 30,000 pengunjung pelbagai kaum hadir Rumah Terbuka Malaysia Madani Selangor di kawasan komersial Fasa 3, Taman Seri Gombak malam ini.

Walaupun program berlangsung antara pukul 8 sehingga 11 malam namun lokasi ini sudah mula sesak dengan ribuan pengunjung lebih awal. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *