October 18, 2024
#BERITA

Rumah Terbuka Madani Selangor sesak, PM dan MB rai lebih 30,000 pengunjung

KUALA LUMPUR – Hampir 30,000 pengunjung pelbagai kaum hadir Rumah Terbuka Malaysia Madani di kawasan komersial Fasa 3, Taman Seri Gombak di sini malam ini.

Untuk makluman program ini berlangsung antara jam 8 malam sehingga 11 malam namun lokasi ini sudah mula sesak dengan ribuan pengunjung lebih awal.

Rata-rata masyarakat telah sampai dua jam lebih awal kira-kira jam enam petang bagi mengelakkan sebarang kesesakan dan mula menikmati begitu banyak juadah pelbagai rasa dalam Rumah Terbuka Madani ini.

Majlis itu turut dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tiba sekitar jam 9 malam dengan laungan ‘Reformasi’ daripada para penyokong manakala masyarakat sedaya upaya cuba bersalam dan berebut untuk bergambar dengannya.

Beliau diiringi oleh Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dan isteri serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Ibrahim selain barisan Kabinet juga Exco Kerajaan Negeri.

Difahamkan sebanyak 29 gerai disediakan dengan lebih 42 juadah antaranya seperti nasi minyak, ayam masak merah dan gulai daging, ketupat, lemang, rendang ayam, tapai, keropok lekor, sate ayam daging, kambing golek, buah-buahan, kuih muih serta pelbagai minuman.

Pengunjung juga turut dihiburkan dengan persembahan artis terkenal Dato’ M Nasir, Dayang Nurfaizah dan Pija Mentor. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *