September 7, 2024
#POLITIK

Tuduh saya adalah golongan busuk hati – Hamzah Zainuddin

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Hamzah Zainuddin mendakwa tindakan mengaitkan nama beliau dengan pertuduhan kes rasuah di mahkamah baru-baru ini dilakukan oleh mereka yang berniat busuk.

Kata Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) itu, kerajaan hari ini bersifat zalim.

Sambil menafikan dirinya langsung tidak mengambil duit rasuah yang dikaitkan dengan seorang individu itu walaupun satu sen.

“Selepas raya, individu ini depa (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) tuduh. Selepas itu pada hari sama, barulah mai pejabat saya untuk temubual dan rakam sesuatu yang mereka mahu dari saya. 

“Saya beritahu yang saya tak tahu pun mereka (tertuduh) ini buat kerja apa. Saya tak tahu dan kalau mereka nak tuduh, itu depa punya pasal. Satu sen pun saya tak ambil dari individu ini, kenapa nak kait dengan nama saya? Inilah dia kerajaan zalim, kerja mereka yang berniat busuk,” katanya.

Jumaat lepas, Setiausaha Sulit Hamzah, Ahmad Ikhwan Fadhli diiringi Ketua Angkatan Anak Muda Bersatu (Armada), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal membuat laporan polis susulan tindakan SPRM yang didakwa sengaja mengaitkan nama bekas menteri itu dengan pertuduhan rasuah. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *