September 5, 2024
#BERITA

Fahmi arah setiausaha politik buat laporan polis susulan tular dakwaan rasuah

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Digital , Fahmi Fadzil tampil arah Setiausaha Politik beliau membuat laporan polis berhubung dakwaan yang tular berkait kementeriannya.

Beliau didakwa telah memecat pegawainya yang sedang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata dakwaan itu adalah palsu dan fitnah yang jahat terhadap Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) termasuk dirinya sendiri.

“Semua pegawai saya setakat sekarang ini, masih berkhidmat seperti biasa dan tiada siapa pun yang dipanggil SPRM. Perkara ini telah kita sahkan.

“Saya beri peringatan dan nasihat, kalau tidak pasti jangan kongsi. Sila semak sebelum sebar dan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) juga memantau dan sekiranya perlu ambil tindakan maka kita,” tegasnya. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *