September 6, 2024
#POLITIK

Nik Nazmi nafi pecat pegawainya kerana rasuah

KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, menafikan tuduhan pegawainya dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disiasat.

Malah, beliau juga menafikan telah memecat pegawainya kerana terpalit dengan isu rasuah.

“Setakat ini, tiada pegawai saya yang telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak SPRM.

“Namun begitu, jika terdapat sebarang siasatan, saya dan mana-mana pegawai saya bersedia untuk memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan lewat petang ini.

Semalam, sebuah laman portal menerusi saluran Telegram mendakwa, Nik Nazmi dan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, memecat pegawai masing-masing kerana dipanggil SPRM untuk membantu siasatan rasuah. – MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *