October 17, 2024
#MAHKAMAH / JENAYAH

Heret nama saya dalam kes rasuah disengajakan – Hamzah Zainuddin

KUALA LUMPUR – Ketua pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin telah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi susulan kes pendakwaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi semalam.

Dalam satu kenyataan yang dikongsikan oleh Hamzah kepada media, beliau telah selesai memberi keterangan lebih tiga jam sekitar jam tujuh malam tadi kepada SPRM berkait

Dalam kenyataannya malam ini, Hamzah menjelaskan keterangan beliau kepada SPRM berkait pertuduhan ke atas ahli perniagaan, Datuk Seri Sim Choo Thiam.

Dakwa Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut, kes pertuduhan di mahkamah membabitkan ahli perniagaan itu yang turut mengheret namanya, jelas bertujuan untuk merosakkan nama baiknya, BERSATU dan Perikatan Nasional (PN).

“Lebih-lebih lagi Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO sendiri sebelum ini secara terbuka menyebut rancangan untuk mewujudkan kluster mahkamah dari kalangan pemimpin BERSATU dan PN.

“Saya percaya, ini kerana mereka bimbang dengan kekuatan PN, yang mana sokongan rakyat akan diterjemahkan sekali lagi dalam pilihan raya di enam negeri tidak lama lagi.

“Saya juga faham ada pihak tertentu panik dengan kedudukannya yang sedang goyah ketika ini tetapi janganlah bertindak sehingga menyebabkan rakyat merasakan SPRM boleh diperalat pemimpin tertentu,” dakwanya.

Sebelum ini Choo Thiam mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan meminta dan tiga pertuduhan menerima rasuah membabitkan RM15 juta yang kononnya berlaku dua tahun lalu.

Mengikut empat pertuduhan rasuah, lelaki berusia 63 tahun itu dituduh melakukan kesalahan itu antara Jun (tarikh tertentu tidak disebut) dan 30 Julai 2021, sebagai dorongan untuk Hamzah, yang ketika itu Menteri Dalam Negeri ketika pentadbiran PN, untuk membantu Asia Coding Centre Sdn Bhd mendapatkan sebarang projek daripada agensi di bawah kementerian berkenaan. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malayadailytoday