September 7, 2024
#BERITA

12 syarikat konsesi setuju laksana pembayaran tol terbuka

KUALA LUMPUR – Sebanyak 12 syarikat konsesi lebuh raya bersetuju untuk melaksanakan sistem pembayaran tol terbuka yang akan bermula September ini.

Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, syarikat berkenaan adalah Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Expressway (Duke), Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP); Skim Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint); Lebuhraya Shah Alam (Kesas); Terowong Smart serta Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX).

Katanya ia juga melibatkan Lebuhraya Sungai Besi; Lebuhraya Baru Pantai (NPE); Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh); Lebuhraya Koridor Guthrie; Jambatan Pulau Pinang dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE). -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *