September 7, 2024
#MAHKAMAH / JENAYAH

Guan Eng dakwa lagi tidak pernah batal pengecualian cukai ketika menjadi Menteri Kewangan

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sekali lagi menafikan beliau atau Kementerian tersebut bertindak membatalkan pengecualian cukai untuk sebuah Yayasan sekitar 2018 hingga 2020 ketika era pemerintahan 22 bulan Pakatan Harapan (PH).

Dakwa bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu, beliau tidak perlu menjelaskan pertuduhan mengaitkannya dengan pembatalan pengecualian cukai tersebut seperti yang didakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tegas Ahli Parlimen Bagan itu tidak ada sebab mengapa beliau perlu menjelaskan sesuatu yang tidak wujud.

Ini juga merupakan antara jawapan dalam penyataan pembelaan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin dakwaan mengeluarkan tiga kenyataan fitnah berhubung pembatalan pengecualian cukai.

Kata Guan Eng lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mendedahkan beliau (Guan Eng) tidak pernah tidak membatalkan status pengecualian cukai yang diberikan di bawah Sekayen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 kepada yayasan tersebut.

“Pada 23 Mac lalu, Kementerian Kewangan melalui kenyataan akhbar mengesahkan dan mengulangi bahawa bekas Menteri Kewangan mahupun pegawainya tidak membatalkan pengecualian cukai yang diberikan kepada yayasan tersebut.

“Ini satu percubaan terdesak untuk mengalih perhatian orang ramai daripada tuduhan jenayah dengan meletakkan kesalahan kepada saya.

“Beliau (Muhyiddin)mempunyai lebih daripada 33 bulan selepas kejatuhan PH pada Februari 2020 untuk mendedahkan salah laku yang didakwa,” katanya. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *