NEW YORK – Sekurang-kurangnya dua maut dan lebih 19 yang lain cedera termasuk tujuh kanak-kanak selepas sebuah bangunan tiga tingkat dilaporkan runtuh di Kawasan kejiranan Flatbush, Brooklyn, semalam.
Media antarabangsa melaporkan Jabatan Bomba New York (FDNY) memaklumkan puluhan anggota pasukan penyelamat kini giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan mangsa yang dikhuatiri masih terperangkap di bawah timbunan runtuhan.
Beberapa laporan media mengesahkan kematian dua mangsa di lokasi kejadian.
“Kesemua mangsa yang mengalami kecederaan dikejarkan ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut,” jelas laporan itu.
Dalam pada itu, Datuk Bandar New York, Zohran Mamdani berkata, lebih 10 mangsa telah dibawa ke hospital dengan empat daripadanya parah manakala enam lagi mengalami cedera ringan.
Rakaman video udara dari lokasi kejadian memaparkan pasukan kecemasan memeriksa timbunan runtuhan serta struktur bangunan bersebalahan yang turut terjejas teruk, termasuk bahagian bilik tidur dan ruang tangga yang terdedah.
Video itu turut menunjukkan anggota pasukan penyelamat menggerakkan usaha mencari mangsa.
Punca sebenar kejadian struktur bangunan runtuh itu masih dalam siasatan pihak berkuasa tempatan.-MalayaDailyToday
























































