MEXICO CITY – Menteri Pertahanan Mexico, Ricardo Trevilla Trejo menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan kartel dadah yang semakin agresif memanfaatkan teknologi dron komersial dan gentian optik gred ketenteraan bagi melancarkan serangan ancaman keselamatan di seluruh negara.
Anadolu Ajansi melaporkan Trevilla Trejo berkata, kementeriannya telah mempertingkat perolehan sistem anti-dron jenis tetap dan mudah alih sejak tahun lalu, selain menempatkan aset berkenaan di sepanjang sempadan menerusi kerjasama operasi ketenteraan bersama Amerika Syarikat (AS).
Kenyataan rasmi itu menyusul susulan perampasan 15 dron gentian optik di Sinaloa pada 4 dan 11 Oktober lalu, iaitu teknologi yang lazimnya digunakan dalam krisis peperangan Rusia-Ukraine.
Perkembangan ini turut menyokong laporan bahawa anggota kartel dadah tempatan dipercayai menyertai perkhidmatan tentera upahan di Ukraine bagi mempelajari taktik peperangan menggunakan dron.
“Ya, perkara ini membimbangkan kami di seluruh negara. Oleh itu, sejak tahun lepas, kami telah membeli banyak sistem anti dron jenis tetap dan mudah alih,” katanya.
Sinaloa kini menjadi zon konflik berdarah susulan perpecahan Kartel Sinaloa kepada dua puak penjenayah yang saling berebut penguasaan wilayah pertaruhan dadah.
Jelas Trevilla Trejo, kumpulan jenayah terbabit mengadaptasi dron komersial yang diubah suai untuk menyerang kumpulan pesaing serta pihak berkuasa, sehingga memaksa penduduk di Guerrero melepaskan kediaman mereka pada Ogos lalu.
Meskipun teknologi yang digunakan belum mencapai tahap canggih sepenuhnya, pihak berkuasa mengesahkan bahawa pengagihan dan penggunaan dron berkenaan kini tidak lagi terhad di wilayah utara Mexico semata-mata.-MalayaDailyToday






















































