Tukang kasut yang menyentuh hati di Ampang
Tidak semua orang ada akses kepada teknologi atau cara untuk mempromosikan perniagaan mereka, tetapi seorang lelaki baik telah mengingatkan kita tentang pentingnya membantu bila mampu.
Baru-baru ini, seorang netizen dengan nama Jimmy Goh berkongsi di Facebook tentang seorang pakcik warga tempatan yang menjual dan membaiki kasut di Ampang.
Menurut Goh, ketika dia dalam perjalanan ke bank, pakcik ini dengan sopan mendekatinya dan berkata, “Bos, bos”. Boleh tolong saya promosi perniagaan kecil saya ini media sosial. Saya tidak pandai,”
Pakcik itu memberitahu bahawa dia baru sahaja mula membaiki dan menjahit kasut, serta menukar tapak kasut, dan berharap Goh dapat membantu menyebarkan berita.
Tersentuh dengan permintaan itu, Goh dengan diam-diam mengambil beberapa gambar dan memuat naiknya di Facebook.
“Melihat pakcik itu menunggu pelanggan dengan penuh harapan, benar-benar menyentuh hati,” kata Goh.
Netizen itu berharap agar bantuan kecilnya itu dapat memberi impak besar kepada pakcik tersebut.
Jika anda perlu membaiki kasut, lawatlah pakcik di hadapan Maybank di:
20G, 28G, Jalan Wawasan 4/5,
Baru Ampang, 68000 Ampang -MalayaDailyToday