September 3, 2024
#MAHKAMAH / JENAYAH

Penjawat awam ditahan bantu siasatan kes bunuh Nur Farah Kartini

HULU SELANGOR – Polis menahan seorang penjawat awam bagi membantu kes pembunuhan Nur Farah Kartini yang ditemui mayatnya di sebuah ladang kelapa sawit di Felda Gedangsa di sini.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, suspek lelaki berusia 26 tahun berjaya ditahan bagi tujuan soal siasat.

Bagaimanapun beliau tidak memberikan apa-apa maklumat terperinci lain berkaitan penahanan tersebut.

Difahamkan suspek akan direman pada pagi esok.

Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan, ditemukan mati di Kampung Sri Kledang, Felda Gedangsa.

Mayat wanita berusia 25 tahun berkenaan ditemukan kira-kira jam 6 petang Isnin, dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malayadailytoday