September 2, 2024
#KOLUM

Perang Siber: Apa gunanya Al dalam pengesahan penggunaan bahasa dalam Media Sosial?

Buli siber yang kini menjadi buah mulut masyarakat perlu mendapatkan penyelesaian yang segera. Kes kes yang tercetus akibat melontarkan komen dan pandangan berbaur keganasan, berlucah dan tidak sopan yang dilontarkan. Kepintaran dan kecerdasan manusia kini telah dicabar oleh Al.

Kecanggihan Al haruslah digunapakai secara inovasi dalam menyelesaikan masalah yang meragut nyawa seseorang ini. Namun peliknya penyedia platform media sosial seperti TikTok nampaknya perlu memberi fokus dalam perihal seperti mengenali bahasa secara automatik. Tidak hairan dalam arus pembangunan teknologi ini, pengesahan bahasa khususnya bahasa lucah perlu dikesan, rekod dan mengambil tindakan tegas secara sendiri oleh platform media tersebut. Tidak apapun mustahil pada zaman kini. Penyedia platform perlu mengenal pasti cara pengesan bahasa lucah dan berbentuk keganasan dengan menggunakan Al. Dengan tindakan ini, separuh masalah dapat diselesaikan.

Pengesahan ini tidak boleh terhad kepada satu atau dua bahasa sahaja, perlu diperluaskan kepada semua bahasa yang digunakan di Malaysia agar kemelut siber buli tidak dapat diulangi. Saya diberitahu oleh kawan di luar negara bahawa di negara mereka adanya penggunakan pengesahan bahasa. Maka saya rasa tidak sukar dan payah untuk penyedia media sosial mengaplikasikan system pengesan bahasa secara Al khasnya bagi konten berbaur lucah dan ganas.

Gunakan kepakaran dalam skop bahasa, teknologi untuk membangunkan system ini. Minta juga pihak berkuasa untuk sama-sama bekerjasama untuk mencari modus operandi idea ini. Sebagai contoh, jika salah seorang pempengaruh menggunakan bahasa lucah semasa siarang langsung ‘live’ mereka, sistem Al ini akan memberi tanda amaran kepada pihak berkuasa dan pihak berkuasa pula boleh menonton live tersebut daripada waktu bahasa lucah ini digunakan. Percayalah, dengan adanya teknologi sebegini, pengguna media sosial secara amnya berasa takut walhal berucap secara kurang sopan semasa live mahupun memberi komen.

Tuntanya, kita berada pada tahun 2024 dan dengan semua teknologi terkini, ‘decipher’ bagi semua bahasa perlu dilakukan. Saya mungkin silap, tetapi Tik Tok tidak dapat menyekat akaun yang dilaporkan beberapa kali. dengan idea seperti pelaporan, konten berbaur keganasan, lucah dan tidak bermoral gugur secara automatik, dan banyak lagi aspek boleh dibawa secara inovasi dan mesra pelanggan agar insiden yang menimpa ini tidak berulang dan serang pengguna media sosial yang lain.

Dato Sivakumar
Penaung & Presiden
Persatuan Kebajikan Dinamik Sinar Kasih Malaysia (DSK)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malayadailytoday