September 2, 2024
#BERITA #UTAMA

HRD Corp buat laporan kepada SPRM

KUALA LUMPUR – Ketua Eksekutif Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp), Datuk Shahul Dawood dan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) Datuk Seri Khairul Dzaimee secara sukarela membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ini berhubung Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Perkara itu disahkan oleh Menteri Sumber Manusia, Steven Sim yang berkata tindakan itu sejajar syor Ketua Audit Negara dalam laporan LKAN semalam.

Kata Steven, beliau dimaklumkan mengenai proses pengauditan ketika mengambil alih portfolio kementerian pada pertengahan Disember tahun lalu dan mengarahkan KESUMA serta HRD Corp memberikan kerjasama penuh.

Selain itu, kata Steven, dalam masa enam bulan KESUMA sudah memulakan proses rekayasa merentasi keseluruhan kementerian bagi memastikan tatakelola yang baik dan proses di seluruh kementerian serta agensinya. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malayadailytoday