September 14, 2024
#UTAMA

Wisma Putra sedang pantau kesan gempa bumi di Peru

PUTRAJAYA – Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Lima, Peru ketika ini sedang memantau rapat bencana gempa bumi dengan magnitud 7.2 yang melanda pantai selatan Peru, hari ini.

Dalam satu kenyataan sebentar tadi berkata pihaknya giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kesan gempa bumi itu.

“Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan untuk berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Lima, yang terletak di Av General Juan Antonio Pezet 1750 San Isidro, Lima, Peru.

Ia boleh dihubungi melalui telefon: (511) 422 0297/ (511) 441 1939/ (511) 441 0795 atau melalui e-mel di mwlima@kln.gov.my/malawakillima@gmail.com -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malayadailytoday