October 17, 2024
#MAHKAMAH / JENAYAH

BERSIH serah notis mahu berarak ke Parlimen

KUALA LUMPUR – Difahamkan hari ini Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) telahmenyerahkan notis pemberitahuan kepada polis.

Ini berkaitan rancangan BERSIH berarak ke Parlimen esok.

Perkara itu dimaklumkan gabungan berkenaan menerusi satu hantaran ringkas sebentar tadi yang dihantar kepada pihak Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Dang Wangi.

“BERSIH selesai menyerahkan notis makluman kepada IPD Dang Wangi berkenaan aksi di Parlimen tuntut #Reformasi100Peratus esok,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata mengikut Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012, notis pemberitahuan perlu diserahkan sekurang-kurangnya lima hari daripada tarikh berhimpun

Di bawah peruntukan Seksyen 9 (1) APA 2012, notis pemberitahuan bersama dokumen sokongan perlu diserahkan lima hari daripada tarikh perhimpunan tersebut dianjurkan,” katanya.

Allaudeen menggesa semua pihak mengikut peruntukan undang-undang yang dikuat kuasa di negara ini.

Sebelum ini polis sudah memberi kenyataan pihaknya tidak menerima sebarang notis pemberitahuan berkaitan penganjuran perhimpunan anjuran BERSIH esok.

Allaudeen dilaporkan berkata perkara itu dikesan melalui poster yang tular di media sosial berkenaan BERSIH akan mengadakan perhimpunan dengan menyeru orang ramai berhimpun di Tugu Negara dan seterusnya berarak ke Parlimen. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *