September 5, 2024
#POLITIK

Bekas Menteri KDN kecewa kerajaan tarik balik rayuan kalimah Allah

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin melahirkan rasa kecewa dengan tindakan kerajaan menarik balik rayuan berhubung penggunaan kalimah Allah baru-baru ini.

Hamzah bertegas tindakan kerajaan yang diterajui oleh Perdana Menteri terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah sangat betul kerana merayu keputusan itu namun kerajaan hari ini menariknya balik.

Beliau berkata keputusan itu bertujuan memastikan proses perundangan diteruskan sehingga ke Mahkamah Persekutuan, setelah Mahkamah Tinggi ketika itu membenarkan bahan penerbitan agama Kristian di Sarawak menggunakan kalimah Allah secara bersyarat bagi tujuan pembelajaran agama, selepas mendapati terdapat percanggahan antara arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan keputusan Jemaah Menteri. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malayadailytoday