October 18, 2024
#POLITIK

Kedah bubar DUN hujung Jun – Sanusi

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohamad Sanusi MD Nor mendedahkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah akan dibubarkan pada penghujung Jun.

Katanya, tindakan lanjut selepas pembubaran berkenaan adalah di bawah kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) termasuk hari penamaan calon dan hari pengundian.

“Kita akan bubarkan DUN ini penghujung bulan Jun (ataupun secara spesifik) pada minggu keempat, (tindakan) kemudiannya terpulanglah kepada SPR untuk tentukan tarikh pilihan raya,” katanya dalam temuramah media hari ini.

Pada PRU14, PAS menguasai DUN tertinggi, 15 kerusi, diikuti Bersatu (6). -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *