KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.3 magnitud dikesan melanda luar pantai barat Sumatera Utara, Indonesia pada pukul 9.34 pagi tadi.
Bagaimanapun, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia susulan kejadian berkenaan.
Menurut agensi itu menerusi kenyataan gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer.
Pusat gempa terletak pada koordinat 0.4 darjah Utara dan 96.4 darjah Timur, kira-kira 168 kilometer barat daya dari Nias, Indonesia.-MalayaDailyToday

























































