KYIV – Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan 67 lagi cedera selepas sebuah dron milik tentera Rusia membedil pusat beli-belah di Pavlohrad, wilayah Dnipropetrovsk di Ukraine.
Menteri Dalam Negeri Ukraine, Ivan Vygivsky berkata, beberapa kedai dan kenderaan turut terjejas dalam serangan siang hari ketika jalanan penuh dengan orang ramai.
Beberapa gambar dikeluarkan Perkhidmatan Kecemasan Ukraine menunjukkan anggota bomba berusaha memadamkan beberapa kenderaan terbakar akibat serangan itu, di tengah-tengah kepulan asap tebal menyelubungi jalanan di Pavlohrad.
Gabenor wilayah Oleksandr Hanzha dalam satu hantaran di Telegram mengesahkan seramai lapan kanak-kanak tercedera dalam serangan itu.
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam serangan tersebut.
“Rusia menggunakan dron untuk membunuh orang ramai berhampiran pusat beli-belah,” katanya dalam satu kenyataan.
Media antarabangsa melaporkan dua lagi pusat beli-belah yang terletak di bandar Zaporizhzhia dan Sumy juga disasarkan dalam serangan udara Rusia pada awal minggu ini.
Sebelum ini, Rusia melaporkan sebuah dron tentera laut Ukraine melancarkan serangan ke atas bandar Sochi sehingga menyebabkan 28 orang cedera.
Selain itu, tiga lagi kematian dilaporkan berpunca daripada serangan Ukraine.
Serangan besar-besaran berlarutan antara kedua-dua itu sejak insiden pencerobohan Russia di Kyiv yang berlaku lebih empat tahun lalu. -MalayaDailyToday



































































