KUALA LUMPUR – Desas-desus mengenai kemungkinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay di Chennai selepas menghadiri Sidang Kemuncak BRICS akhirnya terjawab.
Beberapa media antarabangsa melaporkan Vijay akan memulakan lawatan kerja ke London, United Kingdom (UK) bermula hari ini, sekali gus menunjukkan pertemuan antara kedua-dua pemimpin itu sukar untuk direalisasikan.
Lawatan berkenaan merupakan kunjungan rasmi pertama Vijay ke UK sejak dilantik sebagai Ketua Menteri pada 10 Mei lalu.
Sebelum ini, beberapa media tempatan dan antarabangsa melaporkan mengenai lawatan Anwar ke India untuk menghadiri Sidang Kemuncak BRICS yang akan berlangsung di New Delhi.
Laporan berkenaan mendakwa bekas bintang filem India itu mungkin menangguhkan lawatan luar negaranya untuk pertemuan dengan Anwar di Chennai.
Bagaimanapun, sumber rasmi Tamil Nadu mengesahkan Vijay Bersama delegasinya akan bertolak pada malam ini.
Lawatan kerja Vijay selama tujuh hari itu antara lain bertujuan menarik pelaburan untuk Tamil Nadu, selain mengadakan pertemuan dengan dan pertemuan dengan ahli perniagaan.
Vijay dijangka pulang ke India pada 17 September. MalayaDailyToday

































































