KUALA LUMPUR – Seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah sukan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dilaporkan meninggal dunia semalam dipercayai akibat dibuli di asrama sekolah berkenaan.
Media tempatan melaporkan mangsa, Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14, berasal dari Gemencheh, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan asrama.
Pelajar berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) sebelum disahkan meninggal dunia.
Mayat dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban untuk dibedah siasat.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin mengesahkan kejadian dan memaklumkan kes itu masih dalam siasatan.
Dalam pada itu, seorang wanita yang dipercayai ibu saudara mangsa menerusi beberapa hantaran di media social mendaka remaja itu meninggal dunia selepas dipukul di asrama sekolah.
Wanita itu berkata, dia dimaklumkan mengenai kematian anak saudaranya selepas menerima panggilan daripada adiknya yang juga ibu mangsa.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan kes itu masih dalam siasatan.
Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan berhubung kematian pelajar berkenaan.
Katanya, seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun ditahan bagi membantu siasatan.-MalayaDailyToday


























































